ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN TERAS STRATEGIK DALAM PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 - 2010)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Misi Nasional Misi Nasional memberikan penekanan tinggi kepada pembangunan modal insan 'Minda Kelas Pertama' sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Pendidikan memainkan peranan penting dalam menjayakan teras Misi Nasional ini terutamanya bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama', dan menangani masalah ketidakseimbangan sosiokonomi yang berterusan secara membin adan produktif. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010) Negara kita mempunyai pendekatan dalam sistem pendidikan yang bukan sahaja tertumpu kepada melahirkan modal insan melalui pembentukan kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian terhadap kandungan malah digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Implikasi daripada sistem pendidikan yang mempunyai skop yang lebih meluas ini akan dapat melahirkan masyarakat yang dihasratka...