Posts

Showing posts from May, 2021

ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN TERAS STRATEGIK DALAM PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 - 2010)

 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Misi Nasional Misi Nasional memberikan penekanan tinggi kepada pembangunan modal insan 'Minda Kelas Pertama' sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Pendidikan memainkan peranan penting dalam menjayakan teras Misi Nasional ini terutamanya bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama', dan menangani masalah ketidakseimbangan sosiokonomi yang berterusan secara membin adan produktif. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010) Negara kita mempunyai pendekatan dalam sistem pendidikan yang bukan sahaja tertumpu kepada melahirkan modal insan melalui pembentukan kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian terhadap kandungan malah digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Implikasi daripada sistem pendidikan yang mempunyai skop yang lebih meluas ini akan dapat melahirkan masyarakat yang dihasratka

CABARAN-CABARAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

Image
 

ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT GELOMBANG PERTAMA (2013-2015)

Image
PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2015  Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan. Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan u